Pendedahan Tadbir Urus Korporat
Sebagai anak syarikat Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM), sebuah institusi kewangan pembangunan, Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) tidak terkecuali untuk mematuhi dasar-dasar tadbir urus dan budaya korporat BKRM sebagaimana termaktub dalam Polisi Tadbir Urus Korporat, Institusi Kewangan Pembangunan, yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Februari 2024.
- Perlembagaan
- Piagam Lembaga Pengarah
- Dasar Perkhidmatan
- 'No Gift Policy'
- Dasar Pendedahan Maklumat
Perlembagaan Syarikat kami adalah dokumen utama yang menetapkan asas dan panduan dalam mengurus serta mentadbir operasi perniagaan. Ia dirangka dengan teliti untuk memastikan kepatuhan kepada undang-undang, melindungi kepentingan semua pihak berkepentingan, dan menyokong pencapaian matlamat syarikat.
Piagam Lembaga Pengarah kami menetapkan asas kukuh untuk kepimpinan dan tadbir urus yang berkesan. Dokumen ini merangkumi peranan, tanggungjawab, dan komitmen Lembaga Pengarah dalam memastikan hala tuju strategik syarikat sejajar dengan nilai teras dan matlamat kami. Dengan kejelasan dan ketelusan, Piagam ini menjadi panduan utama dalam mencapai kecemerlangan tadbir urus korporat.
Sebagai anak syarikat BKRM, kami mengamalkan standard etika dan professionalisme yang tinggi. Tatakelakuan perniagaan kami adalah berlandaskan beberapa prinsip dalam memberi khidmat pelanggan melindungi aset mereka dan menjalankan perniagaan dengan penuh bertanggungjawab.
Teras prinsip etika RMS adalah seperti mana di BKRM iaitu :
- Integriti : Kami mengambil risiko dengan serius dan menanganinya secara berhemah, kita bertindak dengan integriti, tenaga dan semangat yang tinggi.
- Warga Kerja : Kami mengambil berat antara satu sama lain dan bekerja sebagai satu pasukan dengan menanamkan “Budaya R.A.K.Y.A.T”.
3. Pelanggan : Kami meletakkan pelanggan kami di dalam perniagaan kami dan tidak henti untuk memenuhi jangkaan mereka.
4.Ahli : Kami sentiasa berusaha untuk menjadi cemerlang dan memperbaiki cara kami melakukan sesuatu.
5.Komuniti : Kami aktif dalam komuniti yang kami berkhidmat untuk menjana nilai ekonomi, sosial dan pendidikan.
Di RMS juga, kami komited untuk menjalankan perniagaan dengan integriti, keadilan, dan ketelusan. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, kami mengamalkan
No Gift Policy bagi mengelakkan konflik kepentingan dan mengekalkan kepercayaan semua pihak. Polisi ini adalah terpakai bagi semua pihak berkepentingan termasuk pembekal, vendor atau mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan dengan RMS.
Dasar Pendedahan Maklumat kami menyediakan saluran yang selamat dan rahsia untuk melaporkan sebarang salah laku atau pelanggaran etika di tempat kerja. Kami komited untuk melindungi pemberi maklumat dan memastikan setiap laporan disiasat dengan telus dan adil. Bersama-sama, kita dapat membina budaya integriti dan akauntabiliti yang kukuh.