Kempen #Emas2Kilo kini kembali! Rebut peluang keEMASan menjadi 173 pemenang dengan hadiah keseluruhan bernilai 2 kilogram emas. Kempen bermula 1 Oktober 2022 sehingga 31 Januari 2023. Tertakluk T&S #BankPilihanAnda #BankRakyat25 #DKN2030 #KUSKOP #BangsaUsahawan #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat
Majlis Anugerah Ar-Rahnu X’Change 2021 telah berlangsung pada 9 Disember 2022 di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre. Majlis penghargaan dan pengiktirafan pencapaian francaisi Ar-Rahnu X’Change bagi tahun 2021 ini telah dirasmikan oleh Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP).
Persidangan Ar-Rahnu X’Change 2022 telah berlangsung pada 8 dan 9 Disember 2022 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Persidangan pengurus rangkaian Ar-Rahnu X’Change merupakan platform rasmi perjumpaan semua francaisi menerusi pengisian program dengan objektif peningkatan persefahaman, penyelesaian masalah dan penambahbaikan operasi perniagaan dalam memastikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan .
Majlis Perasmian Ar-Rahnu X’Change Bandar Dato’ Onn. Ar-Rahnu X’Change Bandar Dato’ Onn telah mengadakan majlis perasmian perniagaannya pada 19.10.22. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg En. Mohd. Nordin Jamaludin, Pengerusi Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Ar-Rahnu X’Change Bandar Dato’ Onn.