Pembukaan Outlet Ke-81- Taman Krau Indah

Pembukaan ARX Taman Krau Indah

Rangkaian francais Ar-Rahnu X’Change ke-81 di Taman Krau Indah, Temerloh, Pahang telah mula beroperasi pada 1 Februari 2023. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Rodzuan Zaaba, Ahli Dewan Undangan Negeri Jenderak. Pembukaan francais Ar-Rahnu X’Change milik Koperasi Pekebun Kecil Daerah Jerantut (KOPJET) menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) kepada penduduk sekitar Temerloh, Jerantut dan Jengka. Nikmati kemudahan tunai segera kami sehingga RM350,000.00 dengan cepat, mudah dan selamat.