MAKLUMAT AM
MAKLUMAT AM

Definisi Ar-Rahnu
- Ar-Rahnu merupakan perkhidmatan pinjaman tunai bercagarkan emas berlandakan sistem syariah.
- Produk Ar-Rahnu mula ditawarkan oleh Bank Rakyat pada tahun 1993.
- Sebuah perkhidmatan mikro kredit menggunakan emas/barang kemas sebagai cagaran.
- Upah simpan minima dikenakan sebagai yuran simpanan emas/barang kemas untuk tempoh masa tertentu.

Definisi Ar-Rahnu X’Change
- Francais pajak gadai Islam yang pertama di Malaysia.
- Perniagaan francais ini dikendalikan melalui perkongsian pengalaman dan
kepakaran berasaskan operasi perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat kepada francaisi (koperasi). - Merupakan antara inisiatif Bank Rakyat untuk membantu pembangunan perniagaan koperasi.

Francaisor – Rakyat Management Services Sdn. Bhd
- Anak syarikat milik penuh Bank Rakyat
- Dibarisi dan dikendalikan oleh warga kerja yang berpengalaman di dalam operasi pajak gadai Isam (Ar-Rahnu) Bank Rakyat
- Operasi adalah untuk menguruskan francais perniagaan pajak gadai Islam selain daripada terlibat di dalam industry perdagangan logam terutamanya emas
- Membantu pembangunan koperasi bagi pihak Bank Rakyat
- Beroperasi di Menara Kembar Bank Rakyat

Kebaikan Perniagaan Francais Ar-Rahnu X’Change
- Menjalankan perniagaan menggunakan jenama Ar-Rahnu X’Change yang menonjolkan kestabilan operasi Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak tahun 1993.
- Jenama perniagaan yang berkembang menerusi beberapa program pemasaran jenama yang berterusan.
- Latihan yang sistematik oleh tenaga pelatih yang berpengalaman dalam operasi Ar-Rahnu Bank Rakyat.
- Memulakan perniagaan dengan manual garis panduan, prosedur dan proses yang telah terbukti berkesan.
- Sistem perisian yang sistematik, selamat lancar dan mesra pelanggan yang telah melalui beberapa proses penambahbaikan.
- Kos pakej francais yang rendah berbanding prospek keuntungan perniagaan yang tinggi.